Kerjaya kelab Gerard_Piqué

Kerjaya awal

Piqué memulakan kerjayanya di pasukan remaja FC Barcelona sebelum beliau menandatangani kontrak profesional pertamanya untuk Manchester United. Liga Perdana Inggeris mengatakan mereka tidak perlu membuat bayaran kepada Piqué kerana beliau terlalu muda untuk menandatangani kontrak profesional.

Manchester United

Piqué membuat debut untuk Manchester United pada 2004, menang 3–0 ke atas Crewe Alexandrara pada perlawanan piala liga. Beliau menggantikan John O'Shea pada hujung perlawanan.[3] Beliau membuat debut penuh pada 29 Mac 2006 menentang West Ham United pada perlawanan liga.[4]

Beliau kemudian menandatangani kontrak baru pada Februari 2005, di mana beliau kekal bersama United sehingga musim panas 2009. Pada 4 Ogos 2006, Real Zaragoza ingin meminjam Piqué selama satu musim. Beliau kemudian membuat 22 penampilan untuk kelab La Liga itu.

Pada 5 Mei 2007, Piqué dilaporkan akan ke Old Trafford pada musim berikutnya. Sir Alex Ferguson berniat untuk menilai Pique di La Romareda pada 6 Mei sebelum mesyuarat di mana kedua-dua pihak akan membincangkan prospek masa depan Pique dengan kelab itu. Bagaimanapun, Ferguson tidak dapat hadir kerana masalah penerbangan.[5]

Piqué kembali ke Old Trafford dan bermain sembilan perlawanan liga pada musim 2007–08. Beliau kemudian menjaringkan gol pada perlawanan Liga Juara-Juara, menang 4-0 ke atas Dynamo Kiev pada 7 November 2007.[6]

Barcelona

Piqué bersama Barcelona selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008-09

Pada 27 Mei 2008, Piqué menandatangani kontrak empat tahun bersama FC Barcelona dengan bayaran 5 juta.[7] Barcelona membayar £5 juta untuk pemain itu.[8]

Piqué menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona pada 26 November 2008 ketika menang 5–2 ke atas Sporting pada perlawanan Liga Juara-Juara.[9][10] Beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 29 Januari 2009 menentang Espanyol pada perlawanan Copa del Rey.[11][12]

Pada 13 Mei 2009, beliau menjulang trofi pertamanya bersama Barcelona selepas membantu kelabnya menang 4-1 ke atas Athletic Bilbao pada perlawanan akhir Copa del Rey 2009.[13] Tiga hari kemudian, Barcelona menjadi juara liga musim 2008-09 selepas Real Madrid tewas mengejut 3-2 kepada Villarreal.[14]

Pada 19 Disember 2009, Piqué bermain untuk Barcelona pada perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2009 menentang Estudiantes de La Plata, 2-1. Beliau berjaya membuat hantaran kepada Pedro Rodríguez pada minit ke-89 dan berjaya mengheret ke masa tambahan.[15]

Pada 26 Februari 2010, Piqué menandatangani kontrak baru bersama Barcelona dan beliau kekal sehingga musim panas 2015.[16][17] Pada 28 Mei 2011, Piqué bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara buat kali kedua. Barça menewaskan Manchester United 3–1 di Stadium Wembley. Pada 1 Mei 2013, Piqué menjaringkan gol sendiri untuk Bayern Munich, Bayern menang 2-0. Barca tewas memalukan 7-0 kepada Bayern secara agregat.[18]

Pada 20 Mei 2014, Piqué menandatangani kontrak baru bersama Barcelona sehingga 2019.[19]

Rujukan

WikiPedia: Gerard_Piqué http://www.bloomberg.com/news/2013-07-01/brazil-ca... http://edition.cnn.com/2009/SPORT/football/12/19/f... http://espnfc.com/news/story/_/id/1431988/gerard-p... http://espnfc.com/uk/en/gamecast/254714/gamecast.h... http://www.fcbarcelona.com/football/first-team/det... http://www.fcbarcelona.com/football/first-team/sta... http://www.fcbarcelona.com/web/english/noticies/fu... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://soccernet.espn.go.com/match?id=261375&cc=59... http://www.goal.com/en/news/12/spain/2009/03/29/11...